Rasuah Tidak Ditangani Dengan Persepsi, Fitnah Atau Maki Hamun – Anwar

PENAMPANG : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata gejala rasuah di negara ini perlu ditangani secara tegas berlandaskan prinsip serta perundangan, dan bukannya dengan persepsi, fitnah atau maki hamun.

Beliau berkata Kerdiaan MADANI tidak akan sesekali membenarkan pemimpin memunggah hasil serta kekayaan negeri dan negara bagi menjadikan diri mereka kaya sementara rakyat hidup dalam kesusahan, sedangkan negara ini mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi bagi memberi keadilan kepada semua.

Justeru, dalam dakwaan video rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Anwar berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu berdasarkan prosedur dan undang-undang, namun beliau kesal ada pihak membangkitkan persepsi kononnya kerajaan menutup kes terbabit.

“Tuduhan bahawa kita menutup (kes rasuah) itu persepsi. Dibangkitkan persepsi, terutama di bandar seolah-olah ada usaha untuk menutup rasuah dan

kesalahan, mereka mahu saudara saudari yakin negara ini tidak selamat.

“Negara ini negara hukum, bukan negara persepsi, bukan negara tuduhan dan fitnah,” kata beliau ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan di sini hari ini.

Majlis sambutan yang diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudaydan Kadazandusun (KDCA) itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajji Noor, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Belau berkata siasatan terhadap perkara it masih berjalan dengan video-video yang dikemukakan perlu diteliti, justeru semua pihak seharusnyd memberi ruang sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit.

Anwar berkata waldupun memegang jawatan Perdana Menteri, beliau tidak sama sekali campur tangan dalam kes dakwaan rasuah dan menielaskan setiap pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing berdasarkan sistem perundangan negara.

“Saya bukan diktator, saya ikut hukum, perlu melalui proses (perundangan). Siasat itu kerja SPRM atau polis, dakwa itu kerja peguam negara, hukum itu kerja hakim dan saya sebagai Perdana Menteri harus jaga supaya sistem itu berjalan dengan lancar dan berkesan.

“Bukan Perdana Menteri siasat, dakwa, hukum, hal itu diktator namanya ….. kita pernah lalui (situasi itu) suatu ketika dahulu, saya tahu, jadi jangan minta saya ulangi sistem seperti dahulu,” kata beliau.