Ramli kekal terajui kepimpinan DPIM Labuan

LABUAN : Pengarah  Urusan Klinik Bakti dan Surgery, Datuk Dr Ramli Tahir kekal menerajui kepimpinan Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Labuan sebagai Pengerusi sesi 2024-2026.

Beliau mengekalkan jawatan itu apabila menang tanpa bertanding jawatan itu pada Mesyuarat Agung DPIM Labuan kali ke- 7 diadakan di sini, baru baru ini.

Ramli menerusi satu kenyataan berkata, kesemua penyandang bagi jawatan tertinggi DPIM Labuan  dikekalkan selepas semua ahli-ahli hadir sebulat suara mahu jawatankuasa yang ada sebelum ini  dikekalkan.

Mereka yang dikekalkan untuk penggal 2024-2026 termasuk Wan Abdul Rahim Wan Abdul Rahman sebagai Timbalan Pengerusi,  Mohd Farid Izuddin Mohd Jaafar sebagai Naib Pengerusi, Abu Bakar Ibrahim Setiausaha dan Haryani Isli Bendahari.

Sementara itu tujuh Ahli Jawatankausa yang turut dikekalkan ialah, Sabrina Jessey Mohd Iskandar, Jura’Adhiyah Harun, Khairul Mazammil Zakaria, Dr Dinnie Izzati Ramli, Rosinah Jahar, Suffian Bungso dan Noorzianeta Isli.

Ramli merupakan Ketua Bahagian Parti Amanah Labuan yakin barisan kepimpinan DPIM dilantik semula meneruskan misi serta visi khususnya dalam membina jaringan perniagaan dengan peniaga peniaga dari luar Labuan dan luar negara.

“Kita mahu menjadikan DPIM Labuan bukan sahaja mampu membina jaringan perniagaan dangan peniaga luar, tetapi juga menjadikan DPIM sebagai satu platform yang dapat memartabatkan peniaga peniaga Islam setanding dengan peniaga peniaga yang lain,” katanya.