LABUAN: Hanya UMNO/BN yang mampu membawa negara ke arah kestabilan dan kemakmuran berdasarkan rekod lebih dari 60 tahun memerintah.
Ketua Umno bahagian Labuan Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Alli Hassan berkata, perkara itu dizahirkan oleh ahli-ahli akar umbi ketika UMNO bahagian itu turun padang melakukan program Ziarah Kasih Ramadan di Pulau Bebas cukai itu sempena bulan Ramadhan tahun ini.
Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, rata-rata rakyat merindukan zaman pemerintahan UMNO/BN yang sentiasa menitikberatkan soal kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
“Pendekatan dan gerak kerja UMNO/BN dalam soal menjaga kebajikan rakyat memang berbeza dengan parti-parti lain, kita sentiasa turun padang menyantuni rakyat yang ditimpa musibah tanpa musim ,inilah kelebihan dan budaya kerja yang kita terapkan dalam kepimpinan UMNO khususnya di bahagian Labuan,” katanya di sini semalam.
Menurut Mohd Rafi bagi mempastikan kewujudan UMNO itu sendiri ada bersama rakyat pendekatan program kali ini digerakkan bersama dengan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi.
“Kita mahu fungsi dan peranan UMNO itu tidak hanya digerakkan oleh kepimpinan bahagian tapi pemimpin akar umbi perlu terlibat agar UMNO itu benar benar dirasai kehadiranya oleh ahli dan rakyat,” katanya.