Rakyat perlu hargai semangat perayaan kepelbagaian kaum di negeri ini – Jeffrey Nor

PUTATAN : Rakyat perlu mengambil peluang melalui perkongsian setiap perayaan dikenal pasti mampu mengukuhkan semangat perpaduan disamping mengamalkan hormat-menghormati antara satu sama lain di negeri ini.

Ketua Umno bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata, ini merupakan sesuatu perkara penting bagi memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat sentiasa terpelihara.

Jeffery Nor dipakaikan pakaian tradisional sejurus tiba di majlis tersebut.

Katanya, mengambil contoh perayaan pelbagai masyarakat antara platform penting untuk memupuk tahap semangat perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan untuk memastikan rakyat dapat memperkukuhkan tahap perpaduan antara kaum di negara kita.

“Oleh itu, setiap anggota rakyat perlu percaya kerana perpaduan adalah merupakan tunjang kestabilan negara selain menjadi faktor penting dalam kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” katanya.

Jeffrey Nor merupakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Umno Sabah berkata, setiap warganegara yang bertanggungjawab perlu memikul amanah untuk mempertahankan jambatan perpaduan diwariskan pemimpin terdahulu.

“Kita bimbang walaupun pelbagai usaha untuk memperkukuhkan perpaduan, namun bibit-bibit perpecahan sentiasa berlaku dikalangan masyarakat.

Jeffery disambut mesra oleh Pengerusi Sri Subramaniar Temple Lok Kawi sejurus tiba ke majlis tersebut.

“Ini termasuk kepada mereka yang suka mengupas segala isu dalam kontek agama dan kaum selain mencetuskan provokasi serta kontroversi sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat,” jelas Jeffrey Nor.