KUALA LUMPUR: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mencabar Muhyiddin Yassin dan menteri daripada Bersatu melepaskan jawatan dalam kerajaan pusat sekiranya bermaruah.
Datuk Dr Puad Zarkashi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, Presiden Bersatu dan sekutunya menyerang Umno dengan kasar ketika kempen pilihan raya negeri baru-baru ini.
“Muhyiddin menyerang Umno dan pemimpin Umno dengan kasar. Justeru bermaruahkah Muhyiddin dan menteri Bersatu terus kekal dalam kerajaan yang dipimpin oleh Umno.
“Tekanlah ‘button’ jika bermaruah. Bangsa Johor tidak percaya kamu prihatin Bangsa Johor,” katanya dalam laporan FMT hari ini.
Susulan kekalahan itu, Muhyiddin dalam satu sidang media pasca PRN Johor berkata beliau sedia meletakkan jawatan daripada mengetuai gabungan itu sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan PN.
“Muhyiddin sedia letak jawatan dalam parti kerana Bersatu kalah teruk di PRN Johor. Sepatutnya Muhyiddin dan menteri daripada Bersatu letak jawatan dalam kerajaan,” katanya.