KOTA MARUDU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menyambut baik cadangan melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) masing-masing dari Sabah, Sarawak dan Malaya.
Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili Beliau berkata, walaupun menyifatkan ia merupakan sebagai ‘sudah lama tertangguh’ namun memberi manfaat kepada kedua-dua negeri ini.
Katany, perkara berkaitan pelantikan TPM bagi Sabah dan Sarawak telah dibincangkan dalam Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63).
“Ini berikutan permintaan orang ramai, khususnya rakyat Sabah dan Sarawak, agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan cadangan itu.
“Malah, Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu sedang melihat perkara mengenai status sama rata Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Maximus berkata, PBS sebagai komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menyokong sepenuhnya cadangan itu, meskipun ia sudah tertunggak, dan bila direalisasikan akan selaras dengan peruntukan perlembagaan.
“Ini secara tidak langsung akan memberikan status sama rata kepada Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
“Selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir, PBS akan mencadangkan isu ini sebagai agenda pertama mesyuarat MKMA63 pertama iaitu meluluskan cadangan tiga timbalan perdana menteri di Malaysia,” katanya.
Beliau menambah, ini akan mewakili Malaysia baharu serta boleh menjadi lonjakan besar bagi Persekutuan Malaysia, dan akan dipersetujui sebulat suara oleh MKMA63.