29 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

PRU15: Calon GRS-BN dimuktamadkan – Hajiji

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengumuman senarai calon akan diumumkan dalam tempoh terdekat sebelum menjelang hari penamaan calon.

Katanya, setakat ini pembahagian kerusi mewakili GRS sudah mencapai kata sepakat.

“Kita akan umumkan beberapa hari sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Deepavali anjuran Kerajaan Negeri bersama Dewan Perniagaan India Sabah (SICC) di Magellan Sutera semalam.

Mengenai ikrar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa timbalan perdana menteri dari Sabah akan dilantik sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya umum, Hajiji berkata, Sabah menyambut baik cadangan itu.

“Kita akan cari pemimpin yang paling sesuai. Kita pasti akan menyokong,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles