26 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

PRU15: PBS belum sedia bersama WARISAN – Maximus

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) sekali lagi menegaskan pendiriannya belum bersedia menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, PBS tidak dapat menerima pelawaan parti itu berikutan latar belakangnya yang didakwa mesra pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, pemikiran WARISAN juga berbeza berbanding perjuangan PBS, selain menyifatkan kerjasama melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang disertai parti itu sebagai landasan terbaik mengembalikan kestabilan politik di negeri ini.

“Sebagai presiden, saya mahu menjelaskan bahawa kami di PBS belum bersedia untuk bekerjasama dengan WARISAN.

“Akar umbi mereka (WARISAN) banyak golongan PATI, kami belum bersedia untuk itu,” katanya dalam BH Online hari ini.

Maximus yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Marudu berkata demikian sebagai mengulas pendirian parti itu berhubung pelawaan WARISAN yang masih terbuka untuk bekerjasama dengan PBS pada PRU15.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles