TENOM: Kerajaan negeri mengumumkan mengeluarkan sebahagian tanah dalam kawasan Sabah Forest Industries (SFI) dijadikan rizab kampung.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kerajaan ingin memastikan rakyat tinggal di kawasan SFI mendapat kawasan perkampungan rasmi untuk anak cucu mereka.
“Ini adalah matlamat utama kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat tanah kekal.
“Kerajaan sangat perihatin…Sentiasa mendengar masalah rakyat di peringkat akar umbi,” katanya di Tenom.
Hajiji merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata menggesa agar rakyat menolak parti pembangkang khususnya Parti Warisan serta konco-konconya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Undilah calon GRS supaya kita dapat melakukan yang terbaik dalam perjuangan mempertahankan hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah.
“Tunjukkan melalui undi bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan boleh bersatu dalam GRS. Rakyat mesti menyokong dan mengundi calon-calon GRS, agar kita dapat menang dengan cemerlang dalam PRU15,” katanya.
Pada majlis itu juga, Hajiji turut menerima kemasukan lebih 1,000 penyokong Parti Warisan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beralih menyokong GRS di Tenom.