KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyarankan agar Barisan Nasional (BN) bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presiden PBRSĀ Tan Sri Joseph Kurup berkata, keputusan segera perlu dibuat secara konsisten merangkumi pertandingan 25 kerusi Parlimen diĀ Sabah.
Katanya, ini kerana tindakan BN Sabah untuk menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15 hanya akanĀ memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN).
āPBRSĀ menyokong penuh kenyataan Pengerusi BNĀ Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, BNĀ akan bertanding secara solo…ini juga mengambil kira maklum balas 99 peratus pemimpin bahagian dan penyokong akar umbi PBRS tidak bersetuju dengan gabungan tersebut (BN Sabah dan GRS).
MakaĀ PBRS berpendirian teguh BN bergerak secara solo mendepani PRU15Ā untuk mengekalkan imej BN yang berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama di dalam negara ini,ā katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum Parlimen dibubarkanĀ PBRS, yang juga parti komponen BN, mempunyai satu kerusi Parlimen di Pensiangan disandang Timbalan
Presidennya Datuk Arthur Kurup juga Timbalan Menteri Kerja Raya.
Hari ini Pengerusi BN SabahĀ Datuk Seri Bung Moktar Radin dilaporkan berkata BN dan GRS akanĀ menyaksikan nisbah hampir 50-50 dalam pengagihan kerusi Parlimen bagi PRU15, yang merupakan situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak.
BN dan GRS pada masa ini juga menjalin kerjasama bagi mentadbir Kerajaan Sabah.