26 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

PRU15: Nisbah agihan kerusi 50-50 antara GRS – BN di Sabah – Bung Moktar

SANDAKAN: Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyaksikan nisbah hampir 50-50 dalam pengagihan kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perhubungan BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun senarai calon BN dan GRS masih belum dimuktamadkan, tidak akan berlaku pertembungan kerusi seperti apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020.

“Secara keseluruhan 25 kerusi (di Sabah). Jadi ia adalah situasi menang-menang untuk kami (BN dan GRS).

“Akan ada ramai muka baharu (calon BN)…kira-kira 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kinabatangan di sini.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata BN Sabah dan GRS akan mengumumkan calon mereka serentak di Kota Kinabalu tidak lama lagi.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles