KOTA KINABALU: Rakyat di Parlimen Sepanggar tidak mudah terpengaruh kepada kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Maximus Ongkili Parti Warisan (WARISAN) mersa kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Ketua Penerangan WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, rakyat semakin bijak serta matang untuk memperoleh maklumat sahih sekali gus menyatakan sokongan penuh memilih WARISAN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Katanya, isu dilontarkan Maximus lebih cuba menakutkan pengundi terutama di kawasan masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM).
“Semakin hari penerimaan masyarakat kepada WARISAN sangat baik….Mereka tidak terpengaruh kepada kenyataan Maximus.
“Rakyat tidak mudah terpengaruh…. WARISAN tetap konsisten dalam meneruskan perkhidmatan kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya dalam program Jelajah di Kampung Tagung Manggatal di sini semalam.
Ketika berucap dalam program tersebut Mohd Azis merupakan Calon Parlimen Sepanggar berkata, beliau akan meneruskan perkhidmatannya sekiranya terpilih kelak.
”Kita teruskan perkhidmatan di kawasan Sepanggar dengan memberikan fokus kepada masalah infrastruktur terutama bekalan air,” katanya.