PRU15: 3 DUN milik GRS faktor kukuh kerusi Parlimen Pensiangan wajar kepada STAR- Elron

KENINGAU: Gabungan Rakyat Sabah (GBS) wajar diberikan peluang bertanding di Parlimen Pensiangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Ellron Alfred berkata, faktor utama perlu diambil kira berikutan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Tulid dan Nabawan kini milik GRS.

Katanya, faktor lain itu penyandang kerusi parlimen Pensiangan Datuk Arthur Kurup daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) secara terbuka menyatakan keengganan bekerjasama dengan GRS pada PRU15 ini.

“Faktor ini merupakan asas kukuh mengapa kerusi parlimen Pensiangan wajar diberikan kepada STAR bagi mewakili GRS.

“Ketiga-tiga DUN ini dimenangi GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN) membuktikan rakyat Pensiangan sememangnya memberikan mandat kepada wakil rakyat GRS untuk mentadbir kawasan Pensiangan,” katanya di sini hari ini.

Elron merupakan Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, STAR berpeluang besar menang sekiranya kerusi Parlimen Pensiangan diberikan kepada mereka.

“Saya mendengar sendiri daripada Datuk Seri Hamzah Zainuddin merupakan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkata kerusi Parlimen Pensiangan akan diberikan kepada STAR pada pilihanraya umum yang datang,” katanya.