KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mengukuhkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.
Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor berkata, segala persiapan ke arah itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Majlis Tertinggi GRS malam tadi.
Katanya, pada mesyuarat itu mereka hanya membincangkan tentang persediaan menghadapi pilihan raya serta kerjasama dengan BN.
“Parlimen sudah dibubarkan, jadi kita mesti bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan mengaktifkan semua jentera parti GRS.
“Dalam mesyuarat tadi kita juga menekankan tentang kerjasama dengan BN…itulah persetujuan kita,” katanya dalam sidang media malam tadi.
Ketika ditanya mengenai keputusan senarai calon akan bertanding atas tiket GRS, Hajiji berkata, perkara tersebut masih belum dibincang sekali gus diputuskan dalam tempoh terdekat ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, Warisan dan PH memenangi 14 kerusi manakala BN Sabah memenangi 10 kerusi.
Sementara itu parti STAR dan PBS masiung-masiung mendapat satu kerusi Parlimen.
Ketika ini, GRS memegang lapan kerusi parlimen, Warisan (7), PH (5), BN (3), PBM (1).