PRU15: GRS setuju sokong calon BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau amat menghargai keputusan dibuat GRS selepas rundingan antara BN dan gabungan itu.

Katanya, Kerajaan negeri adalah gabungan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada GRS dan BN.

GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor terdiri daripada Bersatu, PBS, SAPP, STAR, dan Usno.
Dalam pada itu, Zahid turut memaklumkan BN menerima permohonan daripada parti-parti untuk menyertai gabungan itu.

Beliau berkata, permohonan yang dikemukakan akan diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.

“Kami yakin dengan empat parti teras, lapan parti gabungan dan tujuh lagi parti baru yang mahu menyertai BN sebagai ‘friends of BN’ atau parti teras,” katanya dalam sidang media hari ini.