PRU15: BN Umum Benedict Asmat Beluaran, Andy Muhammad Suryady Bandy Kalabakan – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Benedict Asmat merupakan calon terakhir diumumkan mewakili Parlimen Beluran oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum  Ke-15 (PRU15) November ini.

Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin, berkata BN juga turut memaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Andy Muhammad Suryady Bandy menggantikan Aslin Fadli Samsul Alang yang diumumkan sebelum ini.

Katanya, Benedict Asmat anak jati Beluran merupakan bekas Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)

berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Antropologi dan Sosiologi dari  Universiti Malaya (UM).

“Berdasarkan pengalamannya sebagai penjawat awam dilihat dapat membantunha dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat sekiranya diberikan mandat di Parlimen Beluran dalam PRU15,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.

Bung Moktar berkata, seorang lagi calon BN di Parlimen Kalabakan Andi Muhammad Suryady merupakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.

“Andi merupakan pemimpin muda berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Unversiti Teknologi Malaysia (UiTM) sangat popular dalam kalangan masyarakat  Kalabakan,” katanya.

Menurut Bung Moktar, BN Sabah yakin kedua-dua mereka akan menyumbang kemenangan dalam PRU15 ini.