KOTA KINABALU : Program ‘Back to School’ anjuran Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau dilihat mampu berjaya membantu meringankan beban ibu bapa.
Ketua Gagasan Rakyat Darau, Datuk Mohamed Razali Razi berkata, ini khususnya kepada mereka membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah tidak lama lagi.
Katanya, antara objektif penganjuran program itu adalah memberi sokongan moral kepada kanak-kanak kembali ke sekolah.
“Selain itu ia dapat memberi kesedaran akan pentingnya pendidikan serta berkongsi rezeki dengan komuniti sekitar.
“Jadi antara lain objektifnya kita hadir sama atas nama Gagasan Rakyat antara lain untuk bersama dengan komuniti yang ada di sini,” katanya di sini semalam.
Mohamed Razali berkata, mereka hadir berniat berkongsi rezeki serta sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapa menjelang musim persekolahan.
“InsyaAllah hubungan baik parti kita dengan komuniti di kampung ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.
“Kita juga merancang pelbagai aktiviti menjelang bulan Ramadan nanti.
“Oleh itu kita mengharapkan apa lakukan hari ini sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan,” jelas Mohamed Razali.
