HULU LANGAT (Selangor): Masalah liputan telekomuniasi 5G di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua akan diatasi dibawah Kerajaan Perpaduan sekali gus menyelesaikan runggutan kalangan anak muda di kawasan berkenaan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, masalah ini antara menjadi isu utama dalam kalangan pengundi muda berikutan di DUN Dusun Tua ada kawasan di DUN ini terletak jauh biarpun terletak dipinggir Kuala Lumpur.
Katanya, selepas menjadi kenyataan kelak DUN Sungai Dua akan menjadi kawasan pertama menerima liputan penuh 5G sekali gus menjadi contoh keperihatinan Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan masalah mereka.
“Tempohari Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil sudah memberi keutamaan terhadap runggutan anak muda ini untuk mengatasi masalah liputan telekomunikasi di kawasan ini.
“Kita menyedari keperluan dalam kalangan anak muda serta penduduk di sini yang sangat memerlukan liputan internet meluas selain menyelesaikan masalah infrastruktur lain termasuk projek tebatan banjir di DUN Sungai Tua,” katanya di sini hari ini.
Mohd Rafi yang juga Ketua Bahagian UMNO Labuan berkata, pada masa sama, calon Barisan Nasional (BN) di DUN Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz telah mencadangkan agar kawasan rekreasi Sungai Dusun Tua dijadikan sebagai produk pelancongan terbaharu di kawasan ini.
“Calon DUN Dusun Tua sudah pun bergerak lebih awal dengan mencadangkan agar kawasan Sungai Dusun Tua dijadikan produk tumpuan pelancongan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
“Sebab itu perlunya rakyat mengundi calon BN…Kita pastikan Kerajaan Negeri Selangor seiring dengan kerajaan di peringkat persekutuan dengan memenangkan calon BN di DUN Dusun Tua, Datuk Johan pada 12 Ogos ini nanti,” kata Mohd Rafi.
DUN Dusun Tua menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Johan dengan Al Hafiz Ikhwan Mohamad Hasaan (MUDA) dan Azhar Hambali (Perikatan Nasional).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, kerusi DUN Dusun Tua dimenangi oleh Erdy Faizal Eddy Yusof dari DAP dengan majoriti undi 10,442 ketika menentang calon BN dan Pas.