PPN Sabah sokong penubuhan AKRAB-Supardianshah

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menyokong penubuhan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang akan membantu dalam menjelaskan segala dasar kerajaan dan menjadi benteng membetulkan persepsi negatif rakyat.

Ahli Jemaah Pengarahnya, Datuk Supardianshah Suyuti berkata, kemajuan dunia ICT masa kini menyebabkan rakyat mudah disajikan dengan pelbagai maklumat dan informasi, termasuk yang negatif dan palsu.

Katanya, sudah pasti dengan adanya AKRAB dapat membantu Kerajaan Madani menjelaskan dasar-dasar kerajaan dengan lebih tepat dan cepat kepada rakyat, agar mereka tidak terpengaruh dengan maklumat yang kurang tepat atau palsu.

“Banyak program dan dasar yang baik untuk rakyat dan negara telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu dijelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat jelata agar tidak timbul persipsi negatif. Disinilah tanggungjawab keluarga Perkhidmatan Awam khususnya AKRAB”, katanya dalam kenyataan.

Supardianshah berkata, kumpulan itu yang kini mempunyai keahlian seramai 22,379 orang boleh menjadi teladan kepada nilai-nilai positif tata kelola yang baik, membetulkan perspektif pegawai awam serta menjadi sumber maklumat tepat bagi menyokong hasrat Malaysia MADANI.

Katanya, hal ini termasuk membetulkan persepsi awam yang mendakwa Kerajaan Perpaduan hari ini turut membuat campur tangan di mahkamah dan pendakwaan yang mungkin diamalkan kepimpinan kerajaan terdahulu.

“Jadi AKRAB harus jelaskan dasar kerajaan, kita biasa kadang-kadang mungkin dulu ada campur tangan mahkamah, dalam pendakwaan, dia ingat kita ambil alih (kerajaan) pun begitu juga.

“Kamu dulu dengan pimpinan kamu begitu (campur tangan) tidak bermakna kita juga begitu. Tetapi saya tak boleh tolak ansur. Saudara tahu nak naik gaji penjawat awam lelah kita, bagaimana nak cari wang dan mahu pertahan keyakinan, semua difikirkan,” jelas Supardianshah.

Supardianshah yang juga pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam berkata, dasar Anwar dan Kerajaan Madani yang mengutamakan rakyat termasuk rasionalisasi subsidi keatas bahan api diesel akan memperkasakan pelan pengagihan subsidi bersasar wajar disokong oleh semua pihak.

Katanya, ini termasuklah ketegasan Anwar yang sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah, sama ada ia melibatkan perkhidmatan awam, penyokong kerajaan atau pembangkang.