Platform media sosial jadi medium senjata halus serang pemimpin kerajaan – Masiung

TELUPID: Platform media ketika ini disalahguna sesetangah pihak sebagai medium untuk dijadikan senjata halus bagi menyerang pemimpin kerajaan.

Justeru itu, Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata jangan mudah terpengaruh dengan kandungan media sosial yang Ada diantaranya dibuat oleh golongan intelek yang diupah oleh parti pembangkang.

Masiung Banah

Menurutnya, pemimpin parti-parti pembangkang yang bercita-cita tinggi sentiasa mencari jalan menjatuhkan kerajaan pada masa kini dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan media sosial untuk menyerang kerajaan.

“Fitnah merupakan senjata paling tajam digunakan untuk melemahkan sebuah organasasi. Cabaran dunia tanpa sampadan di zaman ini hanya berada dihujung jari,” katanya ketika merasmikan Program Outreach Belia SMJ dianjurkan oleh Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) di Telupid, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut mengingatkan pemimpin muda, terdapat satu pendekatan terkini terhadap kerajaan, iaitu mencari kesalahan pemimpin, sama ada mereka yang tidak bersalah tetapi disebarkan fitnah.

” LSebagai pemimpin baharu kita perlu tahu bahawa tidak semua orang bawahan menyenangi kejayaan yang kita perolehi.

“Kadangkala pemimpin atasan suka dengan kita, tapi orang bawahan tak suka. Di pihak yang lain pula, orang bawahan sokong kita tapi pemimpin atasan sukar terima cara kita bekerja,” jelasnya.

“Menjadi pemimpin bukan sahaja sebagai perantara kepada rakyat dan kerajaan, lebih dari itu pengorbanan peribadi perlu menjadi penanda aras kepada setiap perjuangan.

“Ramai pemimpin politik gagal meneruskan langkah ke hadapan kerana beberapa kekengan termasuk masalah kewangan,” katanya.

Masiung berkata hanya mereka yang benar-benar cekal sahaja mampu meneruskan kerjaya politik.

Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim turut hadir menyantuni kira-kira 70 peserta Outreach melibatkan belia-belia daripada kawasan Telupid dan Kuamut.