KOTA KINABALU : Jabatan Kejuruteraan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil langkah drastik menyelesaikan masalah kebal elektrik berhampiran Dewan Masyarakat Pekan Manggatal yang tular di laman sosial media hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Kejuruteraan DBKK dalam kenyataan rasmi hari ini berkata, kabel lama tersebut tidak diketahui untuk kegunaan apa memadangkan ia boleh mendatangkan merbahaya kepada orang ramai jika tersentuh kepada kabel tersebut.
“Kebetulan kabel tersebut hanya diikat pada sebuah tiang berhampiran padang Dewan Manggatal yang menjadi kawasan tumpuan orang ramai.
“Selepas disemak tadi kabel tersebut juga bukan kabel untuk lampu jalan tetapi mempunyai arus hidup sekali gus pihak Jabatan Kejuruteraan mengambil langkah drastik untuk mengalihkannya ke kawasan tinggi agar tiada mendatangkan masalah kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini tular satu video di laman sosial menunjukkan satu kabel diikat pada bahagian tiang namun mempunyai arus boleh membahayakan orang ramai.