KOTA KINABALU : PKR Sabah mengesahkan tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan rasmi serta tidak rasmi bersama Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) akan datang.
Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimin berkata, beliau menegaskan PKR Sabah tidak pernah dipanggil untuk sebarang perbincangan rasmi berkaitan gabungan kerjasama PRN kelak
Beliau menegaskan, PKR Sabah mempunyai Autonomi sendiri untuk menentukan rakan gabungan kerjasama pada PRN Sabah seharusnya mereka berbincang di Sabah bukan berbincang dengan pihak atasan.
“Sesiapa yang ingin bekerjasama dengan PKR Sabah, mereka harus berjumpa dengan kami di sini (Sabah)…Setakat ini kita mengesahkan tidak ada dipanggil untuk sebarang perbincangan rasmi berkaitan kerjasama ini.
“Berbincanglah dengan kami, bukan berbincang dengan pihak atasan…Sebab sebarang keputusan untuk kerjasama, kami yang akan buat keputusan sekali gus mengetahui sesiapa yang sesuai untuk bekerjasama pada PRN Sabah nanti,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri, bahawa BN dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.
Menurut Zahid, persetujuan antara BN dan PH itu menjadi asas kepada kerjasama untuk menghadapi PRN Sabah dan pihaknya tidak pernah menutup pintu untuk menjalin kerjasama dengan gabungan parti-parti di Sabah ataupun mana-mana kerjasama dengan parti-parti yang ada di Sabah.
Razeef merupakan Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat berkata, jika benar BN ingin bekerjasama, mereka boleh datang berjumpa untuk berbincang begitu juga parti-parti lain termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Kami masih terbuka untuk bekerjasama, cuma kita mahu keputusan ini mesti dibuat dengan pengetahuan kita…Kena hormatlah PKR di Sabah.
“Jadi kita nasihatkan BN, jika mahu bekerjasama dalam PRN Sabah datang jumpa kami dan bukannya jumpa dengan pihak atasan, sebab kami ada Autonomi sendiri di Sabah,” jelas Razeef.
Menurutnya di Sabah, PKR mempunyai Autonomi untuk memutuskan sebarang kerjasama nanti pada PRN nanti sekali gus akan maklumkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan keputusan kerjasama ini.
“Bukan pula mereka yang mengadakan berbincang sesama sendiri bersama Presiden. Kita melihat ini merupakan satu kesilapan kerana PKR Sabah mempunyai autonomi sendiri di Sabah.
“Kita secara peribadi melihat kerjasama dengan Parti Warisan (WARISAN) mungkin tidak ada, kerana kita tengok beberapa beberapa pemimpin (Warisan) seolah-olah hampir setiap hari menyerang kita,” kata Razeef.
Beliau menegaskan tidak mungkin PKR Sabah akan menjalin kerjasama dengan (Warisan) termasuk mereka secara jelas menyerang parti pada ketika ini.