PKP seluruh negara – PM

Muhyiddin Yasin

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan larangan baharu berkaitan aktiviti Aidilfitiri berkuat kuasa Rabu ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, bagi tempoh PKP itu, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi.

Katanya, tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang diumumkan oMenteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mei lalu.

“Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021. SOP terperinci bagi semua larangan dan araham dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita lanjut menyusul.

SabahNewsToday

Leave a Reply