PKOB keluarkan empat notis amaran di Bandar Sri Perdana Lahad Datu

LAHAD DATU: Jawatankuasa Pusat Kawasan Operasi Bencana (PKOB) mengeluarkan empat notis amaran kepada pengusaha premis perniagaan di sekitar Bandar Sri Perdana di sini semalam.

Notis amaran itu dikeluarkan berikutan premis berkenaan terletak beroperasi di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan ( PKPD).

Pengerusi PKOB Lahad Datu, Muhamad Ayub Yaakub berkata, notis itu merangkumi kesalahan peniaga premis yang gagal meletakkan tanda laluan keluar masuk serta tidak mempamerkan kad kesihatan pekerja sekali gus tidak mengemaskini lesen berniaga di kawasan kaki lima premis berkenaan.

Katanya, dalam pemeriksaan tersebut beliau mencadangkan kepada pemilik premis pasaraya supaya menghadkan kehadiran pekerja mereka dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Muhamad Ayub berbincang dengan pemilik premis perniagaan. Gambar oleh Syarmilah Salleh.

“Kehadiran PKOB hari ini turut mengedarkan risah yang mengandungi amalan norma baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita menasihatkan agar setiap pemilik premis di kawasan meletakkan risalah ini di beberapa kawasan strategik bagi membolehkan pengunjung dapat melihat sambil membacanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai pemeriksaan PKOB di sekitar Bandar Sri Perdana di sini semalam.

Muhamad Ayub berkata, pemeriksaan seumpama ini akan diteruskan dilakukan dibeberapa lokasi premis perniagaan sekitar daerah Lahad Datu bagi memastikan peniaga dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Berdasarkan tinjauan, Pasar Bandar Sri Perdana akan turut kepada orang ramai bermula semalam sepanjang tempoh PKPD dan hanya beberapa kedai runcit termasuk restoran dan pasaraya sahaja yang dibenarkan beroperasi,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply