PKDM tangguh keputusan berkaitan kerjasama gabungan untuk hadapi PRN

KOTA KINABALU: Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) pada Ahad menangguhkan keputusan berkaitan dengan kerjasama gabungan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang mungkin diadakan lebih awal.

Ketua Penerangan PKDM Dr Oswald Aisat Igau berkata parti itu menerima banyak tawaran dan perlu penelitian secara mendalam.

“Perkara ini akan diputuskan oleh Pimpinan Tertinggi dan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oswald berkata, PKDM kini berada di blok Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Oleh itu, katanya, pendirian parti adalah selari dengan semangat Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Madani.

“Di peringkat Wilayah Sabah pula, kita telah menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan sejajar saranan Perdana Menteri,” katanya.

Bagaimanapun, Oswald berkata, sehingga kini, PKDM masih berada di luar kabinet Negeri Sabah.