PH Sabah belum putuskan gabungan menjelang PRN Sabah

KOTA KINABALU : Pakatan Harapan (PH) Sabah masih belum membincangkan sebarang persefahaman atau kemungkinan gabungan baru dibentuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut kenyataan media dikeluarkan hari ini berkata, PH Sabah menyedari terdapat banyak laporan serta spekulasi berkenaan rakan gabungan Politik PH Sabah dalam menghadapi PRN.

“PH Sabah tetap kekal sebagai sebahagian Kerajaan Negeri serta menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Kami ingin mahu melihat kerajaan ini mencapai tempoh penuh,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PH Sabah menggesa agar semua pihak memberi tumpuan kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat di bawah Kerajaan Madani.