PAPAR: Pemuda UMNO Papar Bersama Lanun Darat telah mengadakan Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Empat Penjuru di Kampung Suagon Kinarut.
Pertandingan ini dirasmikan oleh Datuk Jamal Nerubi, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri.
Ketua Pemuda UMNO Papar Fizie Sulaiman mengucapkan syabas dan tahniah atas program ini yang berjaya memartabatkan bola sepak khususnya untuk anak muda di Papar.
Beliau berkata pertandingan itu merupakan usaha pihaknya mengembangkan bakat permainan bola Sepak kalangan remaja di Papar.
Justeru itu, katanya, Pemuda UMNO Papar mengalu-alukan kerjasama dengan pihak lain menganjurkan pertandingan bola sepak dan juga sukan lain.
Katanya acara sukan menjadi antara platform Pemuda UMNO untuk mendekati golongan muda dan pada masa sama menggalakkan aktiviti sihat .