Persatuan Khairun Nisa Tawau digesa tarik minat golongan belia wanita – Nizam

TAWAU: Persatuan Khairun Nisa Tawau digesa menarik minat golongan belia wanita juga agar menyambung visi dan misi persatuan ke hadapan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata beliau menyokong penuh persatuan itu khususnya berkaitan pelaksanaan aktiviti yang memberi manfaat kepada golongan wanita di daerah ini.

Persatuan Khairun Nisa Tawau digesa tarik minat golongan belia wanita.

“Ia khususnya membantu golongan wanita yang memerlukan bantuan khususnya kalangan ibu tunggal menerusi pelaksanaan aktiviti kebajikan dan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemilihan Persatuan Khairun Nisa Tawau Sesi 2024/2025 kali ke-13 di Dewan SJKC Kuok Ming, Pasir Putih, dekat sini, baru-baru ini.

Menurutnya penyertaan golongan belia wanita penting sebagai kesinambungan dan memperkasakan peranan persatuan itu dalam memperjuangkan golongan wanita