Perpaduan elemen penting untuk kemakmuran negara – Awang Aslee

KUALA PENYU : Perpaduan kaum merupakan satu konsep penting dalam membina kehidupan masyarakat Malaysia harmoni aman dan Makmur di negeri ini.

Ketua UMNO Bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, perpaduan dimaksudkan ialah merujuk kepada keadaan di mana semua kaum hidup bersama secara harmoni dan saling membantu-membantu.

Awang Aslee ketika berucap di majlis berkenaan.

“Memupuk perpaduan kaum adalah penting kerana ia membawa banyak manfaat kepada masyarakat Malaysia. Antara manfaat yang boleh diperoleh  meningkatkan keamanan dan keselamatan, meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan pemahaman antara kaum,

“Apabila rakyat Malaysia hidup bersama, kita akan lebih memahami budaya, adat resam, dan bahasa masing-masing.

Antara aksi kanak-kanak yang menyertai program tersebut.

“Ini akan membawa kepada penghargaan yang lebih tinggi terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan program Sambutan Hari Kebangsaan KEMAS/TASKA Peringkat DUN Kuala Penyu di padang Pekan Kuala Penyu.

Awang Aslee merupakan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Beaufort berlata, perpaduan kaum adalah sesuatu sangat penting bagi negara Malaysia namun  terdapat beberapa faktor yang mengancam perpaduan kaum di negara kita.

Beliau berkata faktor pertama yang mengancam perpaduan kaum adalah politik identiti. Politik identiti merujuk kepada penggunaan identiti kaum untuk mencapai keuntungan politik.

Awang Aslee,Halick bersama jemputan lain mengimbarkan jalur gemilang semasa majlis tersebut.

“Ini bermakna, sesetengah pihak akan menggunakan isu-isu yang berkaitan dengan kaum untuk menarik sokongan daripada pengundi.

“Contohnya, ada pihak yang menggunakan isu agama untuk menarik sokongan daripada pengundi Islam. Ini boleh menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat dan mengancam perpaduan kaum,” jelas Awang Aslee.

Menurutnya, untuk memupuk perpaduan kaum, kita perlu mengambil tindakan untuk mengatasi faktor-faktor yang mengancam perpaduan kaum.

“Pertama, kita perlu mengelakkan politik identiti dan mempromosikan politik yang berdasarkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Awang Aslee diiringi oleh Halick, Ak Mohd Yazri menyampaikan hadiah kepada salah seorang kanak-kanak TADIKA yang memenangi salah satu pertandingan yang diadakan sempana program tersebut.

“Akhir-akhir ini masih ada pihak di negeri ini  yang menggunakan politik untuk membangkitkan kebencian antaranya mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian seperti “ Anti Politik Malaya” yang dizahirkan secara lisan dan tulisan di media sosial,” kata Awang Aslee.