Perkasakan kepelbagai etnik kepelbagaian kaum di Sabah – Hajiji

LAHAD DATU : Persatuan Etnik Idahan Sabah (PEIS), disaran agar dapat memperkasakan adat, budaya dan bahasa ibunda etnik di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, meskipun Pesta Salag ini berkait langsung dengan adat dan budaya etnik Idahan, namun ia diraikan bersama dengan etnik-etnik lain yang terdapat di Lahad Datu.

Katanya, ini membuktikan rakyat Sabah pelbagai suku kaum, etnik budaya dan agama terus mempertahankan perpaduan, keamanan serta keharmonian yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

“Saya percaya ia akan dapat mengimbangi sektor pelancongan menerusi persilangam budaya, adat, bahasa sukuan, seni, peralatan muzik tradisional, makanan tradisi, permainan tradisi dan pakaian etnik.

“Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah serta Lembaga Pelancongan Sabah perlu mengambil inisiatif mengenal pasti etnik di Sabah yang kaya dengan budaya dan adat resam yang unik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pesta Salag di Dewan Perdana, di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hajiji berlata, beliau mahu keunikan etnik dapat diangkat warisan budaya mereka agar terus dikenali dan tidak pupus begitu sahaja.

“Aspek Budaya kepelbagaian etnik perlu terus diperkasa supaya tidak terpinggir dalam arus kemodenan teknologi di negeri ini.

“Sabah terdiri daripada 35 etnik dan 217 sub etnik perlu diperkasa supaya terus dikenali dan dihayati oleh generasi muda selaku generasi penerus adat,” jelas Hajiji.