KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah mengalu-alukan peneyertaan bekas Timbalan Presiden Parti Kesajetheraan Demoktatik Masyarakat (KDM), Datuk Juil Nuatim ke dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“Kita menerima baik peneyertaan Juil ke dalam GRS dan berharap rakyat di kawasan Limbahau yang beliau wakili turut mendapat menafaat dari peruntukan kerajaan, ” katanya.
Masiung melahirkan keyakinan di bawah landasan GRS, rakyat pelbagai kaum di Sabah jelas dapat disatukan dalam satu gabungan politik.
Katanya, keputusan Wakil Rakyat Limbahau itu meyertai GRS dibuat amat bertepatan dengan situasi parti yang beliau (Juil) wakili sebelum ini.
Pada 20 Mei lalu Juil mengisytiharkan keluar dari KDM dan meletakan semua jawatan dalam parti itu dan meyertai GRS.
Ketika ditemui semasa menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam, Wakil Rakyat Limbahau itu berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas membuat pertimbangan secara matang.
Walaupun katanya, KDM bernaung di bawah kerajaan Perpaduan peringkat nasional namun agak sukar diterima dalam GRS di peringkat negeri.
“Buat pada masa ini saya belum memikirkan untuk menyertai mana-mana parti tempatan, memadahilah saya terus bernaung di bawah GRS, “ katanya.
Menurutnya, gabungan baharu Umno, Warisan dan KDM yang diumumkan baru-baru ini jelas memberi petunjuk tiga parti itu bakal menjadi pembangkang di peringkat neger Sabah.