LABUAN:Pengguna Domestik air di pulau ini akan mengalami kenaikan bil dalam julat RM1.80 sen sebulan atau 0.05 sen sehingga RM0.27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 milimeter (mm) air sebulan.
Manakala bagi kategori bukan domestik akan mengalami kenaikan di dalam julat RM0.40 sen sehingga RM2 sebulan atau RM 0.01 sen hingga RM0.07 sen sehari bagi penggunaan bulanan sebanyak 20 mm sebulan.
Pengarah Bahagian Bekalan Air (BBA) Wilayah Persekutuan Labuan, Trinil Indah Puspita Henrry menyatakan perkara ini ketika menyampaikan taklimat Sesi Libat Urus berhubung Pelarasan Kadar Perkhidmatan Bekalan Air di bilik Mesyuarat BBA di sini, hari ini.
Taklimat dan sesi Libat Urus yang dihadiri oleh beberapa wakil agensi kerajaan dan swasta di anjurkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.
“Penyelarasan tariff air perlu dilaksana demi memberikan air bersih, selamat, perkhidmatan yang lebih cekap dan menjamin kelestarian hidup buat generasi masa hadapan,” katanya.
Trinil berkata, pelarasan tariff air yang munasabah, bagi membolehkan operator air melaksana pembangunan infrastruktur sistem bekalan air dengan lebih terancang seperti pembinaan sistem bekalan air baharu, penaiktarafan dan pembaikpulihan sistem sedia ada serta penggantian paip.
Bagaimanapun, katanya, kenaikan keseluruhan dikawal pada kadar tidak melebihi 30 peratus dan impaknya kepada pengguna adalah rendah.