KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri majlis angkat sumpah dan menandatangani istiadat pemasyhuran jawatan Yang DiPertuan Agong Malaysia ke-17, Sultan Ibrahim bagi tempoh lima tahun di Istana Negara, hari ini.
Istiadat yang diadakan semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri Istana Negara turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama .
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim menaiki takhta menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyempurnakan pemerintahan baginda sebagai Yang diPertuan Agong ke-16, semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong mengiringi Hajiji ke istiadat itu.