RANAU : Seorang pelancong warga Amerika Syarikat mengalami kecederaan selepas dipercayai tergelincir serta terjatuh di KM6.7 ketika turun di Gunung Kinabalu di sini semalam.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sabah berkqta, mangsa seorang lelaki berusia 53 tahun mengalami hentakan di bahagian belakang pinggang mengakibatkan mangsa sukar untuk berjalan turun.
Katanya, Pasukan MoSAR bersama Park SAR serta malim gunung membawa turun mangsa ke Panalaban menggunakan stretcher.
“Mangsa mempunyai berat badan 98 kilogram tersebut selamat dibawa turun ke timpohon gate dan seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasa kira-kira jam 12.00 tengahari bersama kekuatan enam anggota diketuai Komander Operasi Feranideh Medi sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 1.00 petang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut jurucakap tersebut, selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada jam 1.40 petang semalam.