TAWAU : Penambahan guru dan fasiliti bagi Tabika Perpaduan dilakukan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) terutama di daerah ini.
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, ini bagi memastikan mutu serta kualiti pendidikan awal bagi anak-anak lebih baik pada masa depan.
Katanya, jumlah guru sedia ada masih tidak mencukupi bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat sekali gus memberi cabaran kepada guru-guru di Tawau.
“Hal ini boleh menjejaskan tumpuan dan pekerjaan guru-guru dalam sesi pembelajaran kerana mereka terpaksa mengawal dan mengurus bilangan pelajar yang ramai.
“Isu ini haruslah diberikan perhatian akibat fasiliti di premis Tabika Perpaduan melibatkan keselamatan murid,” katanya.
Andi Suryady merupakan Ahli Parlimen Kalabakan berkata, pihaknya bersedia membantu bagi memastikan masalah fasiliti ini dapat diberi perhatian segera dalam tempoh terdekat.
“Contoh program pasa hari ini merupakan satu kejayaan kanak-kanak di peringkat awal sekali gus memberi pengiktirafan merwka yang berjaya menamatkan sesi pra persekolahan.
” Saya menyokong usaha Tabika Perpaduan Tawau serta berharap segala kekurangan yang dihadapi guru-guru ini akan dapat diatasi secara berperingkat-peringkat,” jelas Andi Suryady.
