Pemuda Beaufort akan mantapkan program dekati pengundi muda – Ak Mohd Yazri

MENUMBOK: Pemuda UMNO Bahagian Beaufort akan melipatgandakan program khususnya mendekatkan diri dalam kalangan pengundi muda di daerah tersebut.

Ketuanya, Ak Mohd Yazri Mohd Yahya berkata, ini bagi menyahut saranan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin agar semua bahagian dan cawangan UMNO di negeri ini diminta agar melakukan perencanaan rapi bagi mengenal pasti dan mendekati pengundi muda 18 tahun di kawasan masing-masing.

Menurutnya, sebelum ini Pemuda UMNO Bahagian Beaufort sudah merancang pelbagai pendekatan khusus mendekati pengundi muda melalui program yang dikendalikan Pemuda UMNO Beaufort.

“Kita akan perkasakan lagi program mendekati pengundi muda ini yang kadarnya setiap hari akan bertambah melalui pendaftaran secara automatik (PSSA) dikuatkuasakan bagi pengundi muda 18 pada Disember 2021 lalu.

“Ini khususnya kepada warganegara yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendafataran Negara (JPN) akan didaftarkan tanpa perlu memohon kepada SPR,” katanya ketika program Motor Show di majlis Jubli Emas SMK Menumnok di sini hari ini.

Mohd Yazri berkata, mengikut pecahan demografi pengundi baru menunjukkan hanya kira-kira 16 peratus dari 6.9 juta pengundi baru mewakili kumpulan umur 18-20 tahun.

“Mereka ini sudah tentu menjadi kumpulan utama yang menjadi sasaran beberapa parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kemenangan gabungan utama parti politik di negara ini yang membabitkan blok Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) serta Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri di enam buah negeri baru-baru ini juga bergantung kepada pengundi muda” katanya.

Mengulas menenai Motor Show diadakan ini Mohd Yazri berkata, penyertaan orang muda dalam progam ini memperlihatkan golongon tampil ikut serta bersama-sama menjayakannya. 

“Selepas ini lebih banyak program akan dianjurkan bagi menarik minat golongan muda turut sekali gus akan memperluaskan pelbagai acara untuk menggalakan anak muda terlibat bersama-sama di masa depan,” katanya.