Pemandu bas ekspress selamat kejadian kemalangan di Check Point Kinabatangan Sandakan malam tadi

KINABATANGAN: Sebuah bas ekprsss laluan Kota Kinabalu – Semporna terbabit dalam kemalangan berhampiran kawasan kemalangan di Check Point Kinabatangan Sandakan malam tadi.

Sabah News Today menerima maklumat daripada penumpang merupakan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Gaddafi Imran berkata, pemandu bas terbabit mengalami kecederaan kemudian di hantar ke Hospital Kinabatangan untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu bas ekspress selamat kejadian kemalangan di Check Point Kinabatangan Sandakan malam tadi. Gambar pembaca SNT.

“Kebetulan dalam bas terbabit ada seorang penumpang Anwar Hamzah mempunyai kemahiran serta terlatih daripada Bulan Sabit Kota Kinabalu.

Anwar Hamzah

“Penumpang bernama Anwar Hamzah memberikan rawatan awal kepada pemandu bas  sebelum menunggu kenderaan Ambulan untuk di hantar bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya kepada Sabah News Today.

Pemandu bas ekspress selamat kejadian kemalangan di Check Point Kinabatangan Sandakan malam tadi. Gambar pembaca SNT.

Mohd Gaddafi berkata, penumpang lain di dalam bas terbabit dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Sabah News Today sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian tersebut daripada Polis Daerah Kinabatangan.