Karnival Kewangan Labuan tingkatkan tahap celik kewangan

LABUAN: Karnival Kewangan Labuan anjuran Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mampu meningkatkan dan memperkasakan literasi celik kewangan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din  Nik Musa berkata, penganjuran Karnival Kewangan Labuan bertujuan membantu melengkapkan masyarakat Labuan dengan pengetahuan dan kemahiran melindungi kewangan mereka daripada penipuan dalam talian yang semakin meluas.

Kamal Affendi

“Pengguna perlu lebih cakna untuk melindungi  kewangan agar tidak terjebak dengan penipuan  secara dalam talian yang semakin meningkat,” katanya ketika merasmikan Karnival Kewangan Labuan bertemakan ‘Memperkasakan Celik Kewangan Masyarakat Labuan’ di ruang legar Ujana Kewangan Labuan, baru baru ini.

Katanya,  merujuk kepada laporan Polis Di Raja Malaysia, penipuan dalam talian terus merekodkan peningkatan dengan menjadikan penjawat awam dan pesara yang mempunyai kewangan yang kukuh  sebagai sasaran mereka.

“Ramai dikalangan mangsa terpadaya dengan modus operandi mereka yang menjanjikan pinjaman wang dan pelaburan yang sebenarnya tidak wujud.

“Sejak kebelakangan ini bilangan pesara kerajaan yang menjadi mangsa penipuan telah meningkat secara mendadak,” katanya.

Mohammed Din berkata,  dilaporkan seramai 22,000 pasara kerajaan telah menjadi mangsa penipuan dalam talian (Scammer) yang melibatkan kerugian mencecah RM850 juta.

Tambahnya, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga telah melaporkan peningkatan ketara kes penipuan dalam talian dimana sejak tahun 2020 hingga 2022 aduan berkaitan penipuan telah meningkat 100 peratus daripada 548 aduan  kepada 1,124 aduan dengan kerugian mencecah kepada jutaan ringgit.

Justeru  itu,  beliau berharap penganjuran Karnival Kewangan ini mampu meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan Pendidikan Kewangan di kalangan masyarakat setempat.

Program Karnival Kewangan yang diadakan selama dua hari merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR)  Labuan FSA yang telah diisi dengan pelbagai ceramah berkaitan jenayah penipuan dalam talian.

Sebanyak 10 gerai pameran yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.