TAWAU : Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau II, Tawau, mengalami cedera ringan selepas ‘Tersekat’ di kerusi di sekolah berkenaan di sini pagi tadi.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin berkata, mangsa berusia 14 tahun kemudiannya di hantar ke Hospital Daerah Tawau untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Katanya, pasukan Bomba bertindak memotong kerusi tersebut menggunakan peralatan khas (Hydraulic Cutter).
“Pihaknya menerima panggilan kecemasan 9.08 pagi tadi bersama sembilan anggota diketuai Komander Operasi PBK II KUP Khalik Alli bergegas ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jemishin berkata, selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian operasi ditamatkan pada jam 9.45 pagi ini.
