LABUAN : Pasukan Tarik Tali Labuan antara empat pasukan dari Borneo menyertai kejohanan Tarik Tali Kalat Peringkat SeBorneo sempena Ulang Tahun Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah merupakan Yang Di Pertua Negara Brunei Darussalam ke 78 Tahun.
Kejohanan berlangsung di Taman Sir Muda Omar’Ali Saifuddien Bandar Seri Bagawan disertai pasukan Tarik Tali Dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Kejohanan diadakan selamat tiga hari bermula 2 hingga 5 Ogos lalu menyaksikan pasukan Tarik Tali Labuan mendapat tempat ketiga untuk menerima hadiah Wang tunai BDN $2,000 dan medal.
Manakala pasukan dari Sabah dinobat juara untuk menerima sebuah Piala Kurnia Dulu Yang Teramat Julia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Wang tunai BDN$6,000 dan Piala iringan serta medal.
Naib Johan dimenangi oleh pasukan Tuan rumah (Brunei Darussalam) dan tempat keempat Sarawak.
Presiden Tarik Tali Wilayah Persekutuan Labuan, Aswadee Ahok, berkata pada kejohanan itu Labuan menurunkan 16 pemain terdiri daripada kakitangan bertugas di Perbadanan Labuan dan Syarikat Asean Supply Base Sdn. Bhd.
Sebelum itu, rombongan Persatuan Tarik Tali Labuan diraikan dalam Majlis Makan Malam yang dihostkan Naib Presiden Tarik Tali Brunei Darussalam, Dr. Liu Shiquan diadakan di kediamannya di Bandar Seri Bagawan.