Padah lari pemeriksaan polis, penunggang motosikal dikenakan empat saman trafik

TAWAU : Penunggang motosikal tular dilaman sosial selepas cuba melarikan dari pemeriksaan polis dikenakan empat saman trafik. dalam kejadian di bulatan Batu 4, Jalan Apas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku jam 7.50 pagi tersebut dua anggota trafik bertugas melancarkan lalu lintas mendapati seorang penunggang motosikal berhenti dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, ketika melakukan pemeriksaan penunggang motosikal tersebut panik kemudiannya terpulas minyak menyebabkan anggota trafik berkenaan terjatuh.

“Pemeriksaan mendapati lelaki berusia 28 tahun itu didapati melakukan kesalahan trafik sekali gus dikenakan empat keping saman.

“Kita menasihatkan orang awam agar memberikan kerjasama kepada polis bertugas yang hendak menjalankan pemeriksaan ke atas mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Terdahulu, rakaman video kejadian turut tular di media sosial sekitar jam 10.23 pagi semalam memaparkan penunggang motosikal tersebut cuba lari dari pemeriksaan polis.