SIPITANG : Operasi memburu buaya di Sungai Mengalong, tempat kejadian seorang mangsa dibaham buaya dilakukan pada malam ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, sudah ada kelulusan daripada jawatankuasa berkaitan untuk memburu dan menembak buaya di Sungai Mengalong.
“Buaya yang dijumpai dalam operasi itu akan ditembak dan buaya yang bersaiz besar akan dibelah perut dalam usaha mencari bahagian lain badan mangsa,” katanya di Kampung Banting susulan penemuan mayat mangsa, hari ini.
Katanya, mayat mangsa ditemui pasukan pencari di anak sungai kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Beliau berharap keluarga mangsa bersabar dan tabah dengan kejadian ini dan akan memberi bantuan kebajian kepada mereka.
Dalam kejadian pada 1 Mei lepas, mangsa, Pungut Bin Madin, 52, hilang di Sungai Mengalong ketika mengambil kayu dipercayai dibaham buaya.
Agensi Pertahanan Awam menerusi kenyataan media hari ini menyatakan kira-kira jam 12 tengah hari, mayat telah mangsa telah dijumpai.
Operasi memburu buaya di Sungai Mengalong dilakukan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Polis Diraja Malaysia.