Nizam rasmikan Festival Olimpik Komuniti Tawau babitkan 24 kampung

TAWAU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan meluangkan masa merasmikan Festival Olimpik Komuniti Tawau di Kompleks Sukan Tawau dekat sini, semalam.

Festival ini melibatkan 24 kampung sekitar Tawau.

Hadir bersama, Pengerusi Penganjur Asmah Kadir dan Bendahari Parti Gagasan Rakyat Sabah Apas Datuk Tay Abdullah.

Berucap pada majlis itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas mengalu-alukan penganjuran acara itu yang menggalakkan penduduk kampung khususnya golongan muda bersukan.

Nizam rasmikan Festival Olimpik Komuniti Tawau babitkan 24 kampung.

Pada masa sama, katanya, festival ini dapat memperkukuhkan perpaduan antara penduduk kampung serta mengeratkan silaturrahim menerusi aktiviti bersukan.

Beliau berharap festival ini dapat diteruskan pada masa hadapan dan pihaknya sentiasa memberikan sokongan mana-mana aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat.