KOTA KINABALU : Ketua Penerangan Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar menerima kunjungan hormat daripada Ketua- Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah membabitkan Zon tiga di pejabatnya di sini semalam.
Nizam merupakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, pertemuan tersebut antara lain menyentuh kepada gerak kerja penerangan melibatkan Zon Tiga menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) serta berkaitan isu-isu semasa.
“Fokus utama Ketua-Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Zon ini adalah untuk memastikan Zon Tiga ini kekal milik Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRN akan datang.
“Zon ini merangkumi kawasan Parlimen termasuk Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang serta membabitka beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Antara Ketua Penerangan menyertai kunjungan tersebut termasuk, Rombongan Ketua-Ketua Ag Daud Ag Anak Gagasan Rakyat DUN Membakut mewakili kawasan Parlimen Kimanis.
Amri Abu Bakar (Pantai Manis), Mohd Saidin Ibrahim (Bongawan), Fred Vincent (Limbahau) Saleh Edris (Kawang) serta Jepinus Kimuin (Kuala Penyu).