KOTA KINABALU: Tindakan berani seorang pemilik kereta mewah membawa padah apabila Nissan GTR35 miliknya disita dalam Ops Luxury selepas didapati menggunakan cukai jalan tamat tempoh serta tidak memiliki insurans sah.
Dalam operasi dijalankan Jabatan Pwngangkutan Jalan (JPJ) itu, pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan berkenaan sudah luput, sekali gus melanggar peraturan jalan raya.
JPJ menegaskan, penguatkuasaan tidak memilih jenis atau harga kenderaan. “Walaupun kenderaan mewah, jika melanggar undang-undang tetap akan dikenakan tindakan,” menurut kenyataan itu.
Menjelang musim perayaan, orang ramai diingatkan supaya memastikan cukai jalan dan perlindungan insurans sentiasa sah bagi mengelak risiko saman, sita dan tindakan mahkamah.
JPJ akan terus mempergiat operasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya terjamin.
Sebarang aduan trafik boleh disalurkan melalui aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ) atau portal SISPAA JPJ dengan maklumat lengkap pengadu.
