Menarik minat golong muda sertai UMNO antara misi Calon Ketua Bahagian UMNO Ranau Anuar Samitah

KOTA KINABALU: Misi Ingin meremajakan pimipinan parti supaya dapat menarik minat golongan muda untuk berpolitik antara sasaran Calon Ketua UMNO Bahagian Ranau, Anuar Samitah.

Menurutnya, beliau tidak mahu golongan muda hanya menjadi sebagai pemacak bendera parti bertanding setiap lima tahun namun menggalakan mereka terlibat sama di dalam menyertai UMNO.

“Kita sangat mengharapkan agar ada anak muda tampil yang dilihat mempunyai keperibadian tinggi berkaliber dengan menjadikan mereka nanti sebagai calon yang mewakili UMNO bertanding dalam pentas politik sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen menjelang pilihan raya kelak.

“Usaha ini perlu dilaksanakan di peringkat awal agar kita tidak ketandusan melahirkan pemimpin pelapis yang boleh diketengahkan dalam tempoh terdekat,” katanya di sini hari ini.

Mempunyai latar belakang berpengalaman besar dalam bidang perniagaan Anuar berkata, langkah menarik golongan muda dapat mengimbangi UMNO untuk bersama-sama terlibat menyumbang pengalaman serta pandangan mereka nanti.

“Kita sangat memerlukan penglibatan golongan muda dengan digandingkan dengan tokoh veteran UMNO demi kebaikan parti agar dapat diperkasakan kepimpinan ini di masa depan,” katanya.

Dalam masa sama Anuar mencadangkan untuk menjadikan

Pejabat Bahagian UMNO Ranau sebagai Pusat Khidmat Masyarakat bagi memudahkan orang ramai dapat menyalurkan masalah mereka.

“Ini merupakan pembaharuan yang dijangka akan dilakukan oleh UMNO Ranau sekiranya saya diberikan peluang menjadi Ketua Bahagian dalam pemilihan kali ini.

“Kita jadikan Pejabat Bahagian UMNO Ranau sebagai ruang sesuatu untuk memberikan kebaikan bersama. Kita juga akan anjurkan kursus kemahiran dengan menawarkan perkhidmatan kaunseling secara berkala untuk masyarakat Ranau,” katanya.