Penduduk ‘Kingsfisher’ berang perkhidmatan air tergendala sejak ahad lalu

KOTA KINABALU: Penduduk sekitar kawasan ‘Sepanggar’ berang sekali gus mengadu berikutan masalah ketiadaan air sejak ahad lalu.

Rata-rata pembaca menghubungi Sabahnewstoday untuk membuat aduan mereka  berikutan tidak ada permakluman dikeluarkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

Seorang penduduk Taman Ujana Kingsfisher, Tony Yong berkata, memaklumkan Sabah News Today ketiadaan permakluman notis perkhidmatan air ini sangat membebankan penduduk di kawasan perumahan ini.

“Lebih menyedihkan kita cuba hubungi talian Care line 088-326888 gagal melayani aduan pengguna. Sepatutnya JANS perlu sediakan bantuan air sementara diberikan….Air ini merupakan keperluan asas kepada semua penduduk.

“Mungkin kawasan lain sekitar Sepanggar atau kawasan berhampiran juga terjejas dengan masalah air ini. Kita pohon JANS bertindak segera selesaikan masalah ini,” katanya hari ini.

Tony berkata, masalah perkhidmatan air ini sudah menjadi kelaziman JANS, namun sehingga kini mereka gagal menyelesaikan masalah ini.

“JANS perlu kerap kali pantau masalah ketiadaan air ini dengan mencari alternatif lain bagi membantu meringankan bebanan penduduk yang terjejas,” katanya.