Media Labuan buat lawatan rasmi ke Menara MAIWP dan Wisma PPZ Kuala Lumpur

LABUAN : Persatuan Penggiat Media Labuan mengadakan lawatan ke Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Kuala Lumpur.

Delegasi seramai 10 pengamal media Labuan itu diketuai Pengerusinya Jainudin Djimin.

Turut serta dalam lawatan tiga hari itu ialah Pengarah Jabatan Penerangan Labuan yang juga Penasihat Persatuan Penggiat Media Labuan, Azman Sipan dan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Fauziah Sidek.

Lawatan yang julung kalinya diadakan itu dianjurkan MAIWP Labuan sempena Sambutan 50 tahun MAIWP.

Antara lain lawatan itu bertujuan mengetahui lebih lanjut mengenai operasi dan inisiatif MAIWP dan juga PPZ.

Dalam lawatan itu Media Labuan turut berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat terhadap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahaya yang  di bangunan Menara MAIWP.

Pada kunjungan itu, Mohd Nizam telah  memberikan taklimat  mengenai pembinaan Menara MAIWP setinggi 24 tingkat bernilai RM264 juta yang siap sepenuhnya pada Ogos 2023.

Beliau berkata, bangunan didirikan diatas tanah seluas 0.2 hektar itu menyerupai lima pucuk rebung sebagai tanda simbolik lima Rukun Islam.

“Peranan utama MAIWP termasuklah Pengurusan Zakat, Wakaf, pembangunan modal insan,  Pengurusan hartanah dan juga pelaburan.

“MAIWP juga berperanan untuk mengurangkan kemiskinan dikalangan asnaf di Wilayah Persekutuan melalui pelbagai skim bantuan yang menelan belanja  lebih RM1 bilion setiap tahun,” jelas Mohd Nizam.

Menurutnya, pada tahun ini sebanyak RM 1.6 bilion tdiperuntukan wang Zakat untuk diagihkan kepada golongan asnaf di tiga Wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Untuk Labuan MAIWP setiap tahun menyalurkan RM120 juta menerusi 38 skim bantuan yang disediakan MAIWP berbanding hasil kutipan Zakat Labuan pada tahun ini RM15 juta,” kata Mohd Nizam.