Mayat lelaki tertiarap ditemukan di belakang Pasar Rakyat Lahad Datu

LAHAD DATU: Polis mengesahkan penemuan seorang mayat lelaki tempahan di belakang Pasar Rakyat Lahad Datu diklasfikasikan adalah mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Shamsul Nanring, 62, beralamat di Kg Batu Satu Lahad Datu berdasarkan kepada Kad Pengenalan serta Lesen memandu ditemui di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal polis mendapati tiada unsur perlakuan jenayah ditemui di tempat kejadian termasuk pada tubuh badan mangsa.

“Mangsa dipercayai tergelincir serta terjatuh di kawasan berbatu menyebabkannya terjatuh diatas permukaan yang licin di belakang Pasar Rakyat.

“Sebaik menerima maklumat daripada orang ramai melalui MERS 999 kita-kira jam 2.30 petang, sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah diketuai ASP Dahyan Kep bergegas ke tempat kejadian.

“Polis mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tertiarap di atas batu di belakang Pasar Rakyat Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

ACP Rohan Shah berkata, mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Unit Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang diperolehi mangsa dipercayai mati lemas sekali gus tiada unsur-unsur kejadian jenayah,” katanya.