25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Maximus perlu tarik balik kenyataannya tuduh WARISAN mersa PTI – Norazmi

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili perlu menarik balik kenyataan medianya selepas menganggap Parti Warisan (WARISAN) mempunyai latar belakangnya yang didakwa mesra pendatang tanpa izin (PTI).

Naib Ketua Warisan Bahagian Sepanggar, Norazmi Alimat berkata, kenyataan ini secara adalah boleh dianggap suatu penghinaan serta bersifat  perkauman khususnya kepada WARISAN.

Katanya, ternyata ahli WARISAN yang berdaftar adalah terdiri daripada Warganegara Malaysia sekali gus mempunyai hak terlindung di bawah Perlembagaan.

“Saya cabar beliau (Maximus)… Jika benar seperti yang maksudkan kononnya kebanyakkan ahli akar umbi Warisan adalah golongan PATI, mohon supaya beliau buat aduan kepada Jabatan Pendaftar Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Seolah-olah beliau (Maximus) sudah tidak punyai modal politik dan takut menghadapi kenyataan bahawa Warisan kini semakin diterima oleh kebanyakkan rakyat bangsa Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Norazmi berkata, sepatutnya Maximus lebih bersifat matang serta profesional sekali gus tidak membuat tindakan secara melulu sehingga merendahkan seterunya.

“Jika tidak mahu menerima pelawaan ikhlas Warisan untuk bekerjasama janganlah sampai memandang rendah apatah lagi menghina.

“Namun saya yakin, rakyat Sabah khasnya anak-anak pengundi muda Sabah tahu menilai, kenyataan Maximus ini sebenarnya memberi impak negatif terhadap PBS sehingga PBS akan ditolak oleh rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles